Keseluruhan Program

Mari kita akui – membayar untuk membaiki kerosakan yang tidak dijangkasangat menyusahkan dan berkos tinggi. Untuk meringankan beban pelanggan, Berjaya Sompo Insurance bersama-sama dengan dengan TheLorry dan MyOpal Services telah bekerjasama untuk melancarkan polisi Jaminan Waranti Kenderaan yang akan merangkumi semua kos pembaikan dan penggantian alat ganti behalf. Diinsuranskan oleh salah satu syarikat insurans semula terkemuka di dunia (dengan Penilaian S&P AA-), polisi ini disediakan untuk semua rakan kongsi logistik TheLorry – sama ada anda memiliki lori, trak, van atau Hilux, kami akan melindungi anda.

Objektif kerjasama ini adalah untuk meningkatkan lagi keperluan pasaran bagi kenderaan sebegini dengan perkhidmatan tambah nilai. Dengan kerjasama unik ini, rakan niaga The Lorry boleh bertenang kerana mengetahui kenderaan mereka dalam keadaan baik dan dijaga, lantas menjadikan rantaian logistik bekalan beroperasi dengan lebih cekap.

Selaras dengan trend di era digital ini, rakan niaga The Lorry bukan sahaja boleh mendaftar untuk program perlindungan ini di portal dan aplikasi mudah alih The Lorry, tetapi juga melalui portal penyelesaian sehenti MyOpal Services di myopal.com.my yang juga merangkumi tempahan janji temu servis dan baik pulih menerusi Jom MyServis.

Klik di sini untuk memuat turun e Brosur.

Keseluruhan Produk

USIA & PERBATUAN KENDERAAN
Kurang dari 8 tahun /
250,000 km

PERLINDUNGAN ALAT GANTI
Enjin & Transmisi

JAMINAN WARANTI
Satu tahun / 30,000 km;
mana yang lebih awal

SYARAT PERKHIDMATAN
Mesti diservis
oleh pusat servis
MyOpal Yang Sah

TEMPOH PENGECUALIAN
14 hari

HAD TUNTUTAN
RM 10,000 untuk setiap had tuntutan dengan tuntutan tahunan RM 30,000

SYARAT PEMBAHARUAN
Pemeriksaan semula yang berjaya dilakukan oleh MyOpal sebelum penerimaan

Kerjasama dengan TheLorry

Untuk Waranti Kenderaan TheLorry

Sila klik di sini untuk pendaftaran jaminan.

FAQ

SOALAN LAZIM UNTUK PROGRAM WARANTI LANJUTAN THE LORRY

  1. Apakah program waranti ini?
    Program ini memberi perlindungan daripada kerosakan mekanikal atau elektrikal pada enjin dan kotak gear anda
  2. Adakah ia merangkumi perlindungan pad brek, bateri dan tayar saya?
    Tidak, sama sekali. Program ini tidak merangkumi kerosakan haus dan lusuh peralatan, atau disebabkan oleh kemerosotan dan kelalaian biasa.
  3. Adakah perkhidmatan ini percuma semasa tempoh waranti?
    Tidak, perkhidmatan biasa adalah tidak percuma di bawah tempoh waranti
  4. Adakah kenderaan saya layak untuk program waranti ini?
    Selagi kenderaan anda berada di bawah 8 tahun (dari tahun pembuatan) dan jarak perbatuan kurang dari 250,000km. Sebagai tambahan, kenderaan anda harus melepasi Pemeriksaan Prime MyOpal kami.
  5. Di mana saya boleh membuat pemeriksaan kenderaan saya?
    Anda boleh menghubungi atau WhatsApp ke 017 2444 111 untuk mengatur masa pemeriksaan anda.
  6. Berapa lamakah tempoh waranti?
    1 tahun atau 30,000km
  7. Berapa banyak yang boleh saya tuntut?
    RM10,000 setiap tuntutan dan RM30,000 keseluruhan untuk satu tahun
  8. Adakah saya perlu membayar apa-apa semasa membuat tuntutan?
    Tidak, anda tidak perlu membayar apa-apa barang tuntutan termasuk upah buruh ketika membuat tuntutan.
  9. Bolehkah saya membuat tuntutan sebaik sahaja saya membeli waranti?
    Tidak, anda tidak boleh. Anda hanya boleh membuat tuntutan selepas 14 hari dari tarikh permulaan waranti
  10. Bagaimana jika kos pembaikan berharga lebih dari RM10,000?
    Sekiranya kos pembaikan berharga lebih dari RM10,000, anda perlu membayar jumlah perbezaannya.
  11. Di mana saya boleh membuat servis atau membaiki lori / van / trak pickup saya?
    Anda boleh melakukan servis atau membaiki di mana-mana bengkel panel yang disahkan oleh MyOpal. Sila kunjungi https://myopal.com.my/jommyservis untuk senarai bengkel panel yang sah di mana anda boleh mendapatkan servis dan kerja pembaikan. Atau anda juga boleh menghubungi atau WhatsApp ke 017 2444 111
  12. Adakah program merangkumi tundaan kenderaan?
    Tidak. Anda perlu menghubungi pembekal insurans motor anda untuk perkhidmatan tundaan kenderaan
  13. Bolehkah saya mengarah syarikat tundaan kenderaan pergi ke bengkel panel MyOpal?
    Ya, anda boleh.
  14. Berapa lama tempoh yang diperlukan untuk membuat tuntutan dan pembaikan?
    Ia bergantung pada kerosakan atau masalah kenderaan anda dan tertakluk kepada kelulusan. Masa kelulusan standard kami adalah 3 hari bekerja.
  15. Bolehkah saya membeli program waranti ini untuk setiap kenderaan saya?
    Ya, anda boleh membeli program waranti untuk setiap kenderaan anda secara berasingan
  16. Bagaimana saya boleh mendaftar untuk program waranti ini?
    Anda boleh mendaftar dalam talian https://myopal.com.my/the-lorry
  17. Adakah saya mendapat sebarang dokumen atau polisi setelah saya mendaftar untuk waranti saya?
    Setelah berjaya melengkapkan pendaftaran, anda akan menerima kad Pendaftaran Waranti. Anda HARUS membawa kad ini untuk servis dan pembaikan di mana-mana bengkel panel sah MyOpal
  18. Di mana saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai perlindungan waranti?
    Anda boleh layari https://myopal.com.my/the-lorry/ dan memuat turun e-brosur untuk maklumat lebih lanjut
  19. Berapa banyak yang perlu saya bayar untuk program waranti ini?
    Sila rujuk kakitangan The Lorry untuk maklumat premium jaminan dan pembayaran
  20. Adakah saya perlu membuat janji temu untuk perkhidmatan servis dan pembaikan kenderaan saya?
    Ya, anda perlu membuat janji temu.
  21. Di mana dan bagaimana saya boleh membuat janji temu untuk perkhidmatan servis atau pembaikan saya?
    Anda boleh melakukannya di https://myopal.com.my/jommyservis atau WhatsApp kami di 017 2444 111 dan kami akan membantu anda membuat temu janji itu untuk mengelakkan sebarang kelewatan
  22. Bolehkah saya menghubungi bengkel secara terus dan membuat janji temu?
    Kami sangat menggalakkan anda membuat tempahan dalam talian atau menghubungi MyOpal untuk membuat tempahan perkhidmatanservis atau janji temu pembaikan anda.
  23. Dokumen apa yang perlu saya serahkan semasa membuat perkhidmatan servis atau membuat tuntutan?
    Anda hanya perlu membawa Kad Waranti anda dan menunjukkannya ke salah satu bengkel panel sah MyOpal untuk perkhidmatan servis dan tuntutan anda
  24. Bolehkah saya servis atau membaiki kenderaan saya di bengkel pilihan saya atau bengkel rakan saya?
    Tidak. Anda HARUS melakukan servis atau membaiki kenderaan anda hanya di bengkel panel sah MyOpal untuk The Lorry
  25. Bolehkah saya memperbaharui waranti selepas satu tahun?
    Ya, anda boleh memperbaharui tetapi perlu diperiksa dan selagi tidak melebihi 8 tahun atau jarak perbatuan 250,000km